Usah tunggu pilihan raya untuk dekati rakyat: Musa Aman

Written By Unknown on Selasa, 08 Januari 2013 | 15.09

TUARAN: Barisan Nasional (BN) Sabah tidak seharusnya menunggu kemunculan pilihan raya sebagai alasan bekerja untuk rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi BN negeri, sebaliknya berkata jentera BN seharusnya sentiasa mendekati rakyat dan mendengar rintihan mereka.

"Sama ada pilihan raya jadi atau tidak, BN sentiasa bekerja, sentiasa turun padang dan mendekati rakyat.

"Kita perlu terus mengadakan kerjasama dengan pegawai daerah, wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk mengetahui masalah rakyat yang memerlukan bantuan dan pembelaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah (ASTAKA) di sini, hari ini.

Musa turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendengar rintihan rakyat negeri ini dan menyediakan peruntukan besar bagi membolehkan kerajaan negeri terus merangka pelbagai strategi membantu rakyat di Sabah.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Usah tunggu pilihan raya untuk dekati rakyat: Musa Aman

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/usah-tunggu-pilihan-raya-untuk-dekati.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Usah tunggu pilihan raya untuk dekati rakyat: Musa Aman

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Usah tunggu pilihan raya untuk dekati rakyat: Musa Aman

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger