Kereta PROTON yang kini dikeluarkan di Shah Alam akan terus dihasilkan di sana, demikian menurut Ketua Sektor bagi Operasi Teknikal PROTON untuk kilang Shah Alam dan Tanjung Malim, Abdul Rashid Musa.
Zambry berkata, PROTON akan memindahkan operasi pembuatan berperingkat-peringkat dari Shah Alam ke kilang Tanjung Malim.
Abdul Rashid berkata, hanya model PROTON masa depan akan dipertimbang untuk dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.
"Ini untuk mengoptimumkan penggunaan kapasiti kilang PROTON yang canggih di Tanjung Malim untuk mencapai skala ekonomi, yang kini beroperasi separuh daripada kapasitinya," kata beliau.
Beliau berkata, ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan operasi PROTON.
Kilang PROTON di Tanjung Malim yang dibuka pada Ogos 2004 adalah lima kali lebih besar dengan tanah seluas 517 hektar berbanding kilang Shah Alam yang terletak di kawasan seluas 101 hektar.
Kilang Shah Alam kini mengeluarkan Saga, Satria Neo R3, Exora dan Inspira, manakala Gen 2 (untuk eksport), Persona dan Preve dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.
Menurut Zambry, beliau sudah bertemu dengan pengurusan PROTON dan susulan beberapa perbincangan, syarikat itu sudah memutuskan untuk memulihkan Proton City.
Beliau berkata, hab automotif negara itu dijangka memberi impak yang besar kepada ekonomi Perak dalam tempoh lima tahun.
Zambry berkata, dalam rancangan pembangunan negeri, pembangunan Tanjung Malim itu akan melengkapkan Lembah Klang, seperti yang telah berlaku dengan Seremban, Negeri Sembilan.
PROTON melabur antara RM1 bilion hingga RM2 bilion di bawah rancangan penyusunan semula bagi Proton City dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
PROTON tidak pindah keseluruhan kilang Shah Alam ke Tanjung Malim
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/proton-tidak-pindah-keseluruhan-kilang.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PROTON tidak pindah keseluruhan kilang Shah Alam ke Tanjung Malim
namun jangan lupa untuk meletakkan link
PROTON tidak pindah keseluruhan kilang Shah Alam ke Tanjung Malim
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar