Polis selamatkan dua beradik perempuan diculik

Written By Unknown on Senin, 14 Januari 2013 | 15.09

SHAH ALAM: Polis menyelamatkan dua beradik perempuan berumur 12 dan 14 tahun yang diculik dua lelaki di Taman Klang Jaya dekat sini, Jumaat lalu.

Kedua-dua beradik yang dilarikan di hadapan kedai dobi berhampiran sebuah kilang itu ditemui dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Jalan Petaling, Kuala Lumpur selepas polis menahan seorang rakyat Myanmar.

Lelaki Myanmar berusia 21 tahun yang juga bekas rakan sekerja ibu kedua beradik itu ditahan 7.30 malam, 12 Januari lalu di atas jejantas di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah.

"Hasil siasatan ke atas suspek membawa kepada penemuan kedua-dua remaja perempuan itu kira-kira 20 minit kemudian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata laporan mengenai kehilangan dua remaja itu dibuat ibu mereka berusia 44 tahun kira-kira pukul 9 malam apabila gagal mengesan anak gadisnya setelah diberitahu orang awam yang melihat kejadian itu.

Mohd Adnan berkata lelaki Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah itu kini ditahan reman sehingga 26 Jan bagi membantu siasatan.

"Polis masih memburu seorang lagi suspek kejadian itu yang merupakan warganegara tempatan," katanya.
Ditanya sama ada penculik terbabit meminta wang tebusan, Mohd Adnan berkata suspek tidak sempat membuat sebarang tuntutan kepada ibu mangsa apabila seorang daripada mereka ditahan. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Polis selamatkan dua beradik perempuan diculik

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/polis-selamatkan-dua-beradik-perempuan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Polis selamatkan dua beradik perempuan diculik

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Polis selamatkan dua beradik perempuan diculik

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger