Polis minta kerja pembalakan di hutan dihentikan ketika banjir

Written By Unknown on Rabu, 02 Januari 2013 | 15.09

JERANTUT: Pengusaha dan pekerja pembalakan di kawasan hutan terpencil di negeri Pahang dinasihatkan memberhentikan kerja mereka pada musim banjir ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azad Ismail, berkata pengusaha dan pekerja berkenaan diingatkan supaya meninggalkan rumah kongsi di kawasan pembalakan mereka bagi mengelak daripada terkandas akibat banjir dan serangan gajah liar.

Beliau memberi nasihat itu berikutan kejadian seorang warga emas, Thong Weng Chun, 80, ditemui mati dalam keadaan berulat di sebuah rumah kongsi balak di Bukit Harimau Ulu Tembeling, dekat sini, 22 Disember lalu.

Azad berkata, mayat lelaki itu dijumpai dalam rumah kongsi berkenaan yang separuh ranap dipercayai dipijak sekumpulan gajah liar.

"Banyak tompokan najis gajah dijumpai sekitar rumah kongsi itu, dan mangsa dipercayai mati lima hari sebelum mayatnya dijumpai," katanya, di sini, hari ini.

Menurut Azad, mangsa menjaga rumah kongsi balak itu seorang diri dan pekerja pembalakan lain bercuti kerana keadaan kawasan itu banjir.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk yang kerap memasuki kawasan hutan supaya memaklumkan kepada polis terlebih dulu bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada terjadi. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Polis minta kerja pembalakan di hutan dihentikan ketika banjir

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/polis-minta-kerja-pembalakan-di-hutan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Polis minta kerja pembalakan di hutan dihentikan ketika banjir

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Polis minta kerja pembalakan di hutan dihentikan ketika banjir

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger