Mayat hampir reput ditemui di Batu Feringghi

Written By Unknown on Rabu, 02 Januari 2013 | 15.09

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang sedang memancing menemui mayat hampir reput di persisiran pantai berhampiran sebuah markas tentera di Batu Feringghi di sini, malam tadi.

Mayat yang tidak dapat dikenali jantinanya itu ditemui pada jam 8.20 malam selepas lelaki berkenaan tercium bau busuk dari kawasan sekitar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, penemuan mayat itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis.

"Mayat itu dipercayai dibawa arus ke kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi pihak polis. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Mayat hampir reput ditemui di Batu Feringghi

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/mayat-hampir-reput-ditemui-di-batu.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Mayat hampir reput ditemui di Batu Feringghi

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Mayat hampir reput ditemui di Batu Feringghi

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger