Syarikat minyak negara itu berkata penemuan kali terakhir di laut ialah di Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak.
Ia berkata telaga itu digerudi pada kedalaman 3,170 meter dan menemui kira-kira 349 meter ketebalan hidrokarbon bersih.
Dua ujian gerudi merealisasikan kadar aliran kira-kira 440 tong minyak sehari dan 11.5 juta meter padu standard gas sehari, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Petronas berkata penilaian teknikal sedang dijalankan oleh operator bagi menentukan jumlah sumber di medan terbabit.
"Berdasarkan keputusan penggerudian, terdapat tanda-tanda bahagian lebih dalam di kawasan laut, yang mungkin berpotensi tinggi mengandungi hidrokarbon.
"Bagaimanapun, menerusi tekanan lubang bor yang tinggi, operasi penggerudian lebih mencabar untuk kolam yang lebih dalam dan dermaga dengan spesifikasi tinggi diperlukan untuk menguji jarak terbabit," kata Petronas.
Setakat ini, tiga penemuan dibuat di laut Sarawak, iaitu Miri, Asam Paya dan medan Adong Kecil West.
Menerusi penemuan ini, Petronas berkata ia sudah membuktikan laut Sarawak mempunyai potensi untuk penemuan lebih banyak minyak dan gas dengan medan Miri, medan minyak pertama Malaysia, ditemui pada 1910.
Aktiviti lanjut di laut itu akan dilakukan oleh syarikat usaha sama terbabit dalam menyokong Petronas mencergaskan semula eksplorasi minyak dan gas di laut Malaysia. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Petronas umum penemuan minyak, gas selepas 24 tahun
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/petronas-umum-penemuan-minyak-gas.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Petronas umum penemuan minyak, gas selepas 24 tahun
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Petronas umum penemuan minyak, gas selepas 24 tahun
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar