Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata laporan itu perlu bagi membantu siasatan polis.
Beliau berkata setakat ini polis mengambil keterangan daripada dua individu dan saksi lain yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat.
Mohd Shukri juga berkata polis tidak menyembunyi sebarang fakta mengenai kejadian itu.
"Apa yang kita maklumkan kepada media adalah daripada maklumat yang telah kita perolehi. Jika kita menerima maklumat baru, kita akan dedahkan dengan sewajarnya," katanya.
Dalam kemalangan itu, kenderaan pacuan empat roda JPJ Seri Manjung diterbalik dan dibakar orang ramai di Km12 Jalan Sitiawan-Ipoh berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.
Kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta, sebuah jip dan sebuah motosikal serta turut mengakibatkan empat orang cedera parah dan 11 cedera ringan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Ngeh diminta buat laporan kemalangan di Sitiawan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/ngeh-diminta-buat-laporan-kemalangan-di.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Ngeh diminta buat laporan kemalangan di Sitiawan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Ngeh diminta buat laporan kemalangan di Sitiawan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar