Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja dua hari di Pahang

Written By Unknown on Jumat, 11 Januari 2013 | 15.09

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini untuk lawatan kerja dua hari ke Pahang.

Ketibaan Muhyiddin pada jam 12.45 tengah hari disambut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin Pahang.

Muhyiddin kemudian ke Masjid Al-Makmur Batu 10 di sini untuk menunaikan solat Jumaat.

Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di Bukit Gambang Resort City pada jam 3.30 petang dan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional Pahang di Kompleks Yayasan Pahang pada sebelah malam.

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri dijadual bersarapan pagi bersama rakyat di Restoran Zaman, Batu 10, Kuantan dan melakukan tinjauan mesra di Bandar Karak, Bentong.

Beliau dijadual menghadiri majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia di Dataran Karak Setia, Bentong sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja dua hari di Pahang

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/muhyiddin-tiba-untuk-lawatan-kerja-dua.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja dua hari di Pahang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja dua hari di Pahang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger