Jabatan itu berkata, Tahun Perangkaan 2013 ialah kempen kesedaran yang bertujuan meningkatkan pemahaman awam mengenai kuasa dan impak perangkaan ke atas semua aspek masyarakat dan melihat perangkaan sebagai profesion, terutamanya di kalangan pelajar sekolah tinggi dan kolej.
Pertubuhan yang menyertai kempen itu ialah persatuan profesional kebangsaan dan profesional, universiti, sekolah, perniagaan, agensi kerajaan dan institusi penyelidikan.
Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Abdul Rahman Hasan, berkata sains perangkaan mempunyai kesan kuat dan melangkaui jauh ke atas semua orang, tetapi malangnya, ramai yang masih tidak menyedari bagaimana ia boleh memperbaiki kehidupan mereka.
"Menerusi kempen kesedaran seluruh dunia ini, kita akan menerangkan akan kepentingan perangkaan untuk kesedaran orang awam," katanya.
Tahun Perangkaan 2013 ini diasaskan bersama oleh Persatuan Perangkaan Amerika Syarikat, Institut Perangkaan Matematik, Persatuan Biometrik Antarabangsa, Institut Statistik Antarabangsa dan Persatuan Bernoulli dan Persatuan Statistik Royal. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Jabatan Perangkaan promosikan Tahun Perangkaan Antarabangsa 2013
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/jabatan-perangkaan-promosikan-tahun.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Jabatan Perangkaan promosikan Tahun Perangkaan Antarabangsa 2013
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Jabatan Perangkaan promosikan Tahun Perangkaan Antarabangsa 2013
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar