Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin dijangka tiba di Pangkalan Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Makmur Batu 10, Kuantan.
Beliau kemudiannya dijadual mengadakan perjumpaan bersama pemimpin Barisan Nasional Pahang di Kompleks Yayasan Pahang pada sebelah malam.
Pada Sabtu pula, Timbalan Perdana Menteri dijadual bersarapan pagi bersama rakyat di Restoran Zaman, Batu 10, Kuantan.
Selepas itu, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di sekitar Bandar Karak, Bentong.
Muhyiddin kemudiannya akan menghadiri majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia di Dataran Karak Setia, Bentong pada sebelah pagi, sebelum, berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Muhyiddin adakan lawatan kerja di Pahang, Jumaat dan Sabtu ini
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/muhyiddin-adakan-lawatan-kerja-di.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Muhyiddin adakan lawatan kerja di Pahang, Jumaat dan Sabtu ini
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Muhyiddin adakan lawatan kerja di Pahang, Jumaat dan Sabtu ini
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar