Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, kata Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan angin timur laut dari 60 km/j dan ombak melebihi 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan.
Amaran kategori kedua iaitu angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter pula dikeluarkan untuk kawasan perairan Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Reef South.
Angin kencang dan laut bergelora itu dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Jan dan keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai serta perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan kelajuan angin 40-50 km/j dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku sehingga 13 Jan di perairan Sarawak (Kuching), Sabah (Sandakan), Bunguran dan Sulu.
Kawasan pantai di Sarawak (Kuching) turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut, dan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari ini.
Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Amaran ribut petir dan hujan lebat di Sarawak
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/amaran-ribut-petir-dan-hujan-lebat-di.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Amaran ribut petir dan hujan lebat di Sarawak
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Amaran ribut petir dan hujan lebat di Sarawak
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar