Rosmah, yang juga Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Bakti kepada Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) Datin Seri Saripah Zulkifli untuk diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Beliau tidak ketinggalan membantu memasak hidangan tengah hari yang disediakan di pusat berkenaan untuk mangsa terbabit.
Dalam ucapan ringkasnya, Rosmah berkata, beliau bersyukur kerana dapat turun padang bertemu mangsa banjir di kawasan itu.
Kerajaan, katanya sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat yang ditimpa bencana alam.
"Di sini semua cukup... makan pun cukup," katanya yang turut menyampaikan salam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mangsa banjir.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat perkembangan banjir di daerah Hilir Perak daripada Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak Chong Phaik Kee berkata keadaan banjir di Hilir Perak pulih sepenuhnya dan kesemua 134 mangsa yang masih berada di pusat pemindahan dijangka pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Lima pusat pemindahan bencana dibuka di daerah Hilir Perak sejak Sabtu lalu di mana empat pusat pemindahan sudahpun ditutup. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rosmah lawat mangsa banjir di Hilir Perak
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/rosmah-lawat-mangsa-banjir-di-hilir.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rosmah lawat mangsa banjir di Hilir Perak
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Rosmah lawat mangsa banjir di Hilir Perak
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar