Harga saham susut tengah hari ini

Written By Unknown on Jumat, 09 November 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi pada paras lebih rendah hari ini kerana kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras, FBM KLCI turun 3.54 mata kepada 1,637.53 selepas dibuka pada 1,641.98.

Hong Leong Investment Bank berkata kebanyakan pelabur dijangka memilih untuk berada di luar pasaran ketika keputusan-keputusan suku ketiga diumumkan dan menjelang cuti panjang minggu depan (Deepavali pada 13 November dan Maal Hijrah pada 15 November.

Ia berkata, tahap sokongan utama berikutnya ialah pada 1,636 dan 1,628.

"Pergerakan ke bawah paras 1,628 akan mendorong kejatuhan FBM KLCI selanjutnya," katanya dalam satu nota hari ini.

Indeks Kewangan turun 6.32 mata kepada 15,056.22, Indeks Perusahaan susut 16.54 mata kepada 2,816.78 dan Indeks Perladangan merosot 36.45 mata kepada 8,044.45.

Indeks FBM Emas 23.78 mata lebih rendah pada 11,180.47, Indeks FBM Ace turun 3.36 mata kepada 4,264.33, Indeks FBMT100 jatuh 24.64 mata kepada 11,017.54 dan Indeks FBM Mid 70 susut 31.11 mata kepada 12,305.49.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 318 berbanding 201, manakala 306 kaunter tidak berubah, 818 kaunter tidak diniagakan dan 25 kaunter digantung urus niaga.

Sebanyak 339.367 juta saham bernilai RM454.622 juta.

Bagi saham cergas, Tiger Synergy turun dua sen kepada 37.5 sen dan Ablegroup jatuh lima sen kepada 14.5 sen.

Redtone menokok setengah sen kepada 40 sen dan Niche Capital kekal pada 13.5 sen.

Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby susut enam sen kepada RM9.67, Maybank turun sesen kepada RM9.01 dan Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM6.39.

Axiata mengukuh dua sen kepada RM5.93 dan DiGi.com menokok sesen kepada RM4.84 manakala Public Bank masih pada RM15.52. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Harga saham susut tengah hari ini

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/harga-saham-susut-tengah-hari-ini.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Harga saham susut tengah hari ini

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Harga saham susut tengah hari ini

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger