Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kerajaan Indonesia tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan menyiasat secara adil tanpa melindungi mana-mana pihak.
"Jadi mereka (Indonesia) tidak perlu bimbang kerana siasatan dijalankan tanpa melindungi sesiapa walaupun yang ditahan itu anggota polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, tiga anggota polis dari Balai Perai itu kini direman sehingga 16 Nov ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada jam 7 petang iaitu selepas empat jam wanita warga Indonesia berkenaan membuat laporan polis pada Jumaat lepas.
"Selepas selesai soal siasat berhubung kes berkenaan kita akan menghantar laporan itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," katanya.
Dalam kejasian itu, seorang wanita warga Indonesia mendakwa terpaksa melayan nafsu tiga anggota polis yang menahannya di kawasan flat di Perai, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran awal pagi Khamis.
Mangsa Siti Maemanah Kasman, 25,yang bekerja di sebuah kedai makan di sini mendakwa dia tertekan dengan kejadian terbabit dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap anggota polis berkenaan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Polis beri jaminan siasat terperinci dakwaan wanita Indonesia dirogol
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/polis-beri-jaminan-siasat-terperinci.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Polis beri jaminan siasat terperinci dakwaan wanita Indonesia dirogol
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Polis beri jaminan siasat terperinci dakwaan wanita Indonesia dirogol
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar