Najib lancar dan sempurnakan bayaran durian runtuh RM563 juta untuk belia FELDA

Written By Unknown on Sabtu, 10 November 2012 | 15.09

SHAH ALAM: Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru FELDA sebanyak RM5,000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta.

Sebagai menandakan pembayaran itu, Najib menyampaikan cek replika kepada wakil dari 11 Wilayah FELDA pada Himpunan Generasi Baharu FELDA dihadiri kira-kira 12,000 belia dari seluruh negara di Universiti Teknologi Mara di sini.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, kini tiba giliran generasi baharu FELDA untuk mendapat manfaat itu selepas ibu dan bapa mereka sebelum ini.

"Hari ini giliran generasi kedua anak-anak mendapat rahmat daripada durian runtuh, sekali gus membuktikan bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah mungkir janji," kata beliau.

Sebelas Wilayah FELDA itu ialah Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Bahru, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Najib lancar dan sempurnakan bayaran durian runtuh RM563 juta untuk belia FELDA

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/najib-lancar-dan-sempurnakan-bayaran.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Najib lancar dan sempurnakan bayaran durian runtuh RM563 juta untuk belia FELDA

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Najib lancar dan sempurnakan bayaran durian runtuh RM563 juta untuk belia FELDA

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger