Najib saksi perjanjian meterai projek landasan berkembar RM15b

Written By Unknown on Minggu, 04 November 2012 | 15.09

VIENTIANE: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyaksikan perjanjian memeterai projek landasan berkembar elektrik bernilai AS$5 bilion (kira-kira RM15 bilion) yang akan dibina oleh sebuah syarikat Malaysia yang akan mentransformasikan tanah daratan Laos kepada tanah yang boleh dihubungkan.

Perjanjian konsesi itu, antara kerajaan Laos dan Giant Consolidated Ltd, syarikat Malaysia, ialah untuk membangunkan landasan sepanjang 220 kilometer dari Savannakhet ke Lao Bao, berdekatan sempadan Vietnam.

Duta Malaysia ke Laos, Datuk Than Tai Hing berkata, Perdana Menteri Laos Thongsing Thammavong akan turut menyaksikan majlis itu yang akan diadakan esok.

Najib akan tiba di sini tengah hari ini untuk lawatan kerja tiga hari ke Laos dan menghadiri Mesyuarat Asia-Eropah ke-9 (ASEM).

Than berkata, projek itu akan menghubungkan timur dan barat negara ini dan menjadikan negara ini daripada tanah daratan kepada tanah yang boleh dihubungkan, selain daripada merealisasikan "ASEAN Connectivity" menjelang 2015 dan seterusnya menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara ini.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Najib saksi perjanjian meterai projek landasan berkembar RM15b

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/najib-saksi-perjanjian-meterai-projek.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Najib saksi perjanjian meterai projek landasan berkembar RM15b

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Najib saksi perjanjian meterai projek landasan berkembar RM15b

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger