Kereta, motosikal musnah dalam kebakaran di Tawau

Written By Unknown on Minggu, 04 November 2012 | 15.09

TAWAU: Sebuah kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Pasir Putih, di sini, petang semalam.

Bagaimanapun, kepantasan bertindak orang ramai yang menghadiri satu majlis doa selamat di rumah bersebelahan memadamkan api yang sedang menjilat rumah berkenaan dan berjaya menyelamatkan perkampungan yang padat dengan penduduk itu daripada kebakaran lebih besar.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Rudy Fredzek ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai jam 3.28 petang dan mengerahkan dua jentera bomba beserta 11 anggota serta pegawai ke tempat kebakaran.

"Ketika tiba, kami dapati bilik tingkat bawah rumah itu musnah bersama sebuah kereta dan sebuah motorsikal," katanya.

Menurut Rudy, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran manakala punca kebakaran dan kerugian yang dialami sedang dalam siasatan.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Kereta, motosikal musnah dalam kebakaran di Tawau

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/kereta-motosikal-musnah-dalam-kebakaran.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kereta, motosikal musnah dalam kebakaran di Tawau

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kereta, motosikal musnah dalam kebakaran di Tawau

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger