Peguam M. Kavimani yang mewakili Nirmala memberitahu pemberita bahawa pihaknya dan bekas majikan Nirmala, Yim Pek Ha dan Hii Ik Ting (suami Yim) tidak bersetuju dengan terma penyelesaian yang dicadangkan dan saman berkenaan akan diteruskan dengan perbicaraan.
Katanya Hakim Zainal L Salleh yang mendengar prosiding mediasi itu di dalam kamar menetapkan 24 Oktober ini untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.Nirmala hadir bersama seorang wakil dari Kedutaan Indonesia dan Hii hadir bersama peguamnya Gurmeet Singh.
Nirmala, 28, memfailkan saman dan tuntutan itu pada 28 Januari 2010 dengan menamakan Yim dan Hii sebagai defendan.
Dalam tuntutannya itu, Nirmala berkata dia diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan itu, yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini, pada September 2003.
Nirmala berkata semasa bekerja di rumah majikannya itu, dia telah didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Januari 2004.
Wanita Indonesia itu mendakwa bahawa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.
Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Pada 1 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala lapan tahun lalu. Yim kini berada di penjara.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Nirmala memberitahu bahawa dia kini menetap di Kupang, Indonesia dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rundingan penyelesaian saman Nirmala terhadap bekas majikan gagal
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/rundingan-penyelesaian-saman-nirmala.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rundingan penyelesaian saman Nirmala terhadap bekas majikan gagal
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Rundingan penyelesaian saman Nirmala terhadap bekas majikan gagal
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar