FBM KLCI meningkat 3.41 mata kepada 1,668.83 dengan suasana pasaran naik sedikit kepada bercampur-campur pada akhir sesi pagi.
Public Bank, yang menjadi penyumbang utama kepada FBM KLCI dengan 1.129 mata, naik 24 sen kepada RM14.96.Pasaran serantau kebanyakannya kukuh dengan Nikkei 225 Jepun naik 0.06 mata kepada 8,982.92 dan Hang Seng Hong Kong meningkat 37.68 mata kepada 21,556.39.
Bagaimanapun Straits Times Singapura susut 8.36 mata kepada 3,052.0.
Di pasaran tempatan, Indeks kewangan meningkat 43.86 mata kepada 14,903.62 dan Indeks Perladangan menokok 3.08 mata kepada 8,189.04.
Bagaimanapun, Indeks Perusahaan turun 2.66 mata kepada 2,867.43.
Indeks FBM Emas melonjak 14.57 mata kepada 11,329.33 dan FBMT100 naik 15.86 mata kepada 11,168.7.
Indeks FBM Mid 70 berkurangan 15.65 mata kepada 12,194.21 dan Indeks FBM Ace jatuh 18.23 mata kepada 4,291.59.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 319 berbanding 217 dengan 341 kaunter tidak berubah, 766 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sederhana dengan 788.572 juta saham bernilai RM1.1.124 bilion diniagakan.
Astro, yang memulakan dagangan sulungnya hari ini dengan premium tiga sen pada RM3.03, naik sembilan sen untuk ditutup kepada RM3.09 dengan 200.177 juta saham bertukar tangan.
Sementara itu, Bursa Malaysia, yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai tinggi sebanyak RM54.474 juta dalam suku ketiga yang berakhir pada 30 September, 2012, berbanding RM54.187 juta pada suku yang sama pada 2011, menyaksikan harga sahamnya naik dua sen kepada RM6.43.
Saham cergas termasuklah KNM-OR dan Naim Indah Corp, yang tidak berubah masing-masing pada 15.5 sen dan 22.5 sen.
Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Sime Darby susut dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.09 dan RM9.78 manakala CIMB naik satu sen kepada RM7.66 dan Axiata meningkat lima sen kepada RM6.65.
Petronas Chemicals jatuh 1.053 peratus, atau tujuh sen, kepada RM6.58. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Bursa catat paras tertinggi baru pada tengah hari
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/bursa-catat-paras-tertinggi-baru-pada.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Bursa catat paras tertinggi baru pada tengah hari
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Bursa catat paras tertinggi baru pada tengah hari
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar