Penilaian perubahan kadar faedah akan dibuat pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari akan datang

Written By Unknown on Selasa, 30 Oktober 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Satu penilaian sama ada wujud keperluan mengubah kadar faedah akan dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari akan datang, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.

"Kami akan mengkaji corak masa depan inflasi bagi melihat sama ia akan menyederhana lagi," katanya kepada wartawan di luar jadual Kongres Insurans Asia Timur.

Zeti berkata, hala tuju masa depan ekonomi global akan turut diambil kira, dengan mengambil kira rentak menyederhana sektor luaran secara signifikan pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, ekonomi sektor luar sudah dijangka menyederhana tetapi bagi separuh pertama tahun ini, ekonomi menunjukkan prestasi lebih baik daripada yang dijangka.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Mengulas penyatuan industri insurans, Zeti berkata, beberapa penyatuan telah dilakukan pada tahun ini dan "ia dipacu oleh pasaran dan kami tidak mempunyai dasar khas untuk memacunya."

"Wujud kefahaman bahawa sememangnya ada keperluan bagi sesuatu saiz yang kritikal bagi kemampanan industri dan dengan itu syarikat insurans kecil telah diserap dan digabung," katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Penilaian perubahan kadar faedah akan dibuat pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari akan datang

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/penilaian-perubahan-kadar-faedah-akan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Penilaian perubahan kadar faedah akan dibuat pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari akan datang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Penilaian perubahan kadar faedah akan dibuat pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari akan datang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger