Yang DiPertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, PKDK tidak terbabit dengan majlis tersebut anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia DiRaja (PAKIM DiRaja) bagi menyampaikan selendang pentauliahan ahli jawatankuasa yang dilantik.
"Sebelum serbuan dibuat, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi menghubungi saya untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi.
"Saya menyokong penuh tindakan polis mengambil tindakan tegas supaya kes-kes seperti ini dapat dibanteras," kata Tengku Zainol Rashid pada sidang media di pejabatnya di sini.
Dalam kes itu, 13 lelaki disyaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah ditahan dan 11 dari mereka direman dua hari bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, sembilan dari mereka kemudian dibebaskan dan dua masih ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Orang dalam terbabit kes menyamar kerabat diraja Kedah
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/orang-dalam-terbabit-kes-menyamar.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Orang dalam terbabit kes menyamar kerabat diraja Kedah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Orang dalam terbabit kes menyamar kerabat diraja Kedah
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar