Bekas angkasawan NASA di KL hadiri bengkel sains GSIAC

Written By Unknown on Senin, 29 Oktober 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Bekas angkasawan NASA, Dr Daniel T Barry berada di Kuala Lumpur selama seminggu bagi membantu menanamkan minat dalam sains dan menyampaikan maklumat menarik kepada generasi muda Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Mohd Yusoff Sulaiman berkata, Dr Barry berada di sini bersempena dengan Mesyuarat Kedua Inter Sessional Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC).

GSIAC akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 November.

Dr Barry dijadual memberikan ceramah awam kepada 500 hingga 700 peserta dan mengadakan bengkel di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hari ini dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 30 Oktober.

Seramai 32 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun dijangka menyertai bengkel ini dan pemenang diberikan keistimewaan untuk meraikannya dengan Perdana Menteri pada hari mesyuarat GSIAC berkenaan.

Ketika ini, Dr Barry adalah Presiden dan Pengasas Denbar Robotics, syarikat yang memberikan perkhidmatan dalam segmen robotik, kejuruteraan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan operasi dalam persekitaran yang ekstrem dan terbabit dalam pelbagai inisiatif untuk mempromosikan minat dalam sains di banyak negara, terutamanya di kalangan generasi muda. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Bekas angkasawan NASA di KL hadiri bengkel sains GSIAC

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/bekas-angkasawan-nasa-di-kl-hadiri.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Bekas angkasawan NASA di KL hadiri bengkel sains GSIAC

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Bekas angkasawan NASA di KL hadiri bengkel sains GSIAC

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger