1,585 laman 'phishing' maklumat rahsia disekat: Joseph Salang

Written By Unknown on Senin, 29 Oktober 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,585 laman sesawang 'phishing' (aktiviti untuk mendapatkan maklumat rahsia pengguna dengan cara menggunakan e-mel dan laman web yang menyerupai asli atau rasmi) disekat tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, laman sesawang 'phishing' itu adalah daripada sejumlah 1,675 laman sesawang yang disekat, setakat tahun ini.

Tahun lalu, sejumlah 1,475 laman sesawang juga disekat sebagai langkah pencegahan, katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) semasa persidangan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 32 kertas siasatan dibuka pada tahun lalu dan sehingga tahun ini, 74 kes lagi disiasat untuk kesalahan membabitkan media baru mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), beliau berkata kerajaan tidak pernah berbelah bahagi dalam mengambil tindakan kepada mana-mana blog yang menimbulkan dakwaan fitnah terhadap pemimpin tempatan.

Beliau berkata, individu yang dituduh atau difitnah oleh blog, boleh membuat aduan terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan undang-undang.

"Aduan juga boleh dibuat jika ia melibatkan kementerian lain. Dari aduan itu, tindakan boleh diambil. Sekiranya disiasat dan didapati tiada yang menyalahi undang-undang, maka tiada tindakan akan dilakukan.
"Kementerian dan pihak berkuasa tidak pilih kasih dan mengambil tindakan sewajarnya untuk semua kes yang dilaporkan," katanya.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

1,585 laman 'phishing' maklumat rahsia disekat: Joseph Salang

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/1585-laman-phishing-maklumat-rahsia.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

1,585 laman 'phishing' maklumat rahsia disekat: Joseph Salang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

1,585 laman 'phishing' maklumat rahsia disekat: Joseph Salang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger