Polis tumpaskan geng remaja pecah rumah, asrama di Butterworth

Written By Unknown on Jumat, 02 Agustus 2013 | 15.09

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menumpaskan 'Geng Muhibah' yang dianggotai remaja belasan tahun dan aktif dalam jenayah pecah rumah dan asrama pekerja di sekitar Butterworth, di sini.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis menahan seorang remaja lelaki pada 20 Julai selepas memecah masuk sebuah asrama pekerja di Jalan Jetti Lama, di sini pada 5.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata hasil soal siasat, polis berjaya menahan tiga remaja lelaki dan seorang pemuda yang disyaki anggota kumpulan itu.

"Siasatan lanjut terhadap mereka yang berusia 14 hingga 24 tahun itu membawa polis ke beberapa kawasan di sekitar Butterworth yang dijadikan tempat geng itu menyembunyikan barangan yang dicuri.

"Kami berjaya menemui semula empat beg pakaian yang dicuri dan lapan telefon bimbit yang di curi. Kesemua barang itu telah dicam oleh 15 penghuni asrama pekerja berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.

Mazlan berkata semua mereka kini direman bagi membantu siasatan.
Dalam pekembangan lain, polis yakin dapat melumpuhkan satu kumpulan yang digelar sebagai 'Geng Chon' yang disyaki terbabit dengan dengan kegiatan
mencuri dan menjual komponen motosikal.
"Bertindak hasil maklumat awam dan risikan, anggota polis berjaya menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an di kawasan Pasar Awam Permatang Manggis, Kepala Batas pada pukul 12 tengah hari Ahad lepas," katanya.

Mazlan berkata siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik seorang lelaki berusia 31 tahun yang dilapor hilang di kawasan pasar itu pada pukul 5 pagi hari yang sama.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga lagi lelaki berusia 20-an yang dipercayai anggota geng itu di Sungai Petani, Kedah dan merampas satu rangka motosikal, enjin motosikal yang nombornya telah dicanai serta pelbagai komponen motosikal.

"Hasil ujian awal saringan air kencing didapati kesemua suspek positif dadah dan mereka kini direman untuk membantu siasatan," katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Polis tumpaskan geng remaja pecah rumah, asrama di Butterworth

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/08/polis-tumpaskan-geng-remaja-pecah-rumah.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Polis tumpaskan geng remaja pecah rumah, asrama di Butterworth

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Polis tumpaskan geng remaja pecah rumah, asrama di Butterworth

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger