PM sedih kematian dua atlet berbakat negara

Written By Unknown on Kamis, 01 Agustus 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa sedih dengan kematian dua atlet berbakat negara, pada Ahad, dan yang terbaru awal hari ini.

Perdana menteri dalam mesej Twitternya berkata kematian Jacky Ng Kiat Kee, 25, dan Chua Boon Huat, 33, turut dirasai semua rakyat Malaysia.

"Sedih mendapat tahu mengenai kematian Jacky Ng dan Chua Boon Huat. Kedua-dua mereka atlet berbakat negara yang pemergian mereka akan dirasai oleh semua," katanya.

Pemain bola keranjang kebangsaan Jacky Ng meninggal dunia semasa mewakili negara dalam satu kejohanan jemputan di China, dipercayai akibat serangan jantung, Ahad lepas.

Pemain hoki negara, Chua pula terbunuh awal hari ini dalam satu kemalngan jalan raya di Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya.

Kereta Proton Perdana yang dipandu Chua, dipercayai berlanggar dengan sebuah lori tangki menyiram pokok di sepanjang jalan LDP dalam kemalangan 2.25 pagi itu, menurut jurucakap polis Petaling Jaya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

PM sedih kematian dua atlet berbakat negara

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/08/pm-sedih-kematian-dua-atlet-berbakat.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PM sedih kematian dua atlet berbakat negara

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PM sedih kematian dua atlet berbakat negara

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger