Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, antara penduduk yang terjejas dalam kejadian itu, berkata walaupun setakat ini tiada laporan mengenai kes curi, namun langkah itu wajar diambil bagi mengelak kes kecurian seperti yang dikatakan berlaku pada tragedi sebelum ini contohnya di Bukit Antarabangsa kira-kira empat tahun lepas.
"Kononnya diarahkan oleh pemilik rumah untuk memindahkan barang, apabila diminta pengesahan pemandu lori terbabit tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu," katanya dalam sidang media di kawasan bencana itu hari ini.
Dr Jamaludin berkata, beliau sudah menyuarakan kebimbangan pemilik rumah itu kepada perhatian Ketua Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, SAC Wan Abd Bari Wan Abd Khalid.
Beliau juga meminta pemilik rumah yang ingin memindahkan barangan peribadi atau harta benda mereka menggunakan orang tengah supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang akan digunakan supaya tidak wujud kesangsian.
"Jika hendak lebih selamat, pemilik rumah datang sekali bersama orang tengah jika ingin memindahkan barangan peribadi atau harta benda mereka," katanya.
Benteng konkrit yang dibina di lereng bukit setinggi 50 hingga 60 meter runtuh pada kira-kira jam 10 malam Jumaat lalu, menjejaskan beberapa buah banglo di kawasan Puncak Setiawangsa. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pihak berkuasa diminta ketat kawalan masuk ke Puncak Setiawangsa
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/pihak-berkuasa-diminta-ketat-kawalan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pihak berkuasa diminta ketat kawalan masuk ke Puncak Setiawangsa
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pihak berkuasa diminta ketat kawalan masuk ke Puncak Setiawangsa
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar