Beliau berkata, anggaran kehadiran 50,000 hingga 60,000 peserta pada perhimpunan itu tidak boleh dijadikan ukuran mengenai sokongan yang diterima pembangkang.
Chin, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata daripada mengadakan demonstrasi jalanan, adalah lebih baik sekiranya pakatan pembangkang cuba turun padang untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai kemampuan mereka.
"Saya harap pakatan pembangkang boleh hentikan demonstrasi jalanan, ia bukan cara Malaysia, mesej apa yang cuba mereka sampaikan atau apakah hasil yang ingin mereka capai, selalulah turun padang dan beritahu orang ramai siapakah yang akan menjadi perdana menteri sekiranya pakatan memenangi pilihan raya umum akan datang, tapi itu pun mereka tak mampu jelaskan kepada rakyat," katanya.
Menjawab pertanyaan pemberita sama ada beliau mempunyai petunjuk bilakah parlimen akan dibubar, Chin, yang juga Ahli Parlimen Miri, berkata ia tidak mungkin berlaku bulan ini atau bulan depan.
"Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini giat turun padang untuk menilai keadaan politik dan memandangkan Tahun Baru Cina akan disambut tidak lama lagi, tidak mungkin pilihan raya akan diadakan," katanya.
Beliau berkata, tarikh pilihan raya umum tidak sepatutnya menjadi rahsia besar memandangkan penggal kerajaan sedia ada akan berakhir pada 28 April tahun ini.
Banyak pihak berpendapat bahawa memandangkan Tahun Baru Cina akan disambut pada 10 dan 11 Februari dan pelbagai bantuan kewangan akan disampaikan antara sekarang dan Mac, maka Perdana Menteri mungkin membubarkan Parlimen pada Mac.
Pemerhati politik meramalkan Parlimen akan dibubar pada minggu pertama Mac dan pengundian dijangka diadakan menjelang akhir bulan itu. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Perhimpunan anjuran pembangkang tidak jejaskan sokongan rakyat kepada BN
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/perhimpunan-anjuran-pembangkang-tidak_13.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Perhimpunan anjuran pembangkang tidak jejaskan sokongan rakyat kepada BN
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Perhimpunan anjuran pembangkang tidak jejaskan sokongan rakyat kepada BN
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar