Ironinya rata-rata rakyat ketika ditemui Bernama berkata pihak penganjur dan pembangkang sebenarnya yang melakukan kekejaman kepada rakyat apabila menganjurkan perhimpunan yang telah beberapa kali sebelum ini mencetuskan keganasan, kecederaan dan kerosakan harta benda awam.
Bahkan katanya, apabila terlalu banyak perhimpunan diadakan, ia sudah menjadi 'biasa' dan tidak lagi memberi impak seperti yang diharapkan pembangkang. "Senario di Malaysia kini, sikit-sikit ada perhimpunan, saya rasa lebih baik dibincangkan dengan saluran yang betul, jangan terlalu banyak perhimpunan, jika berbincang, apa yang mereka mahukan pasti lebih 'sampai' dan nampak intelek," katanya.
Ketua Unit Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noraza Yusof pula meluahkan kebimbangan perhimpunan kali ini turut mencetuskan huru hara seperti perhimpunan BERSIH tahun lalu, seterusnya memberi impak negatif kepada pelancong.
Katanya, DBKL berusaha mencerminkan keharmonian dan keindahan ibu negara Malaysia di mata pelancong namun wujudnya perhimpunan seperti itu hanya akan menjejaskan usaha DBKL selama ini.
"Setiap Sabtu, DBKL mengadakan program lawatan Jejak Warisan, iaitu aktiviti berjalan kaki melawat bangunan bersejarah sekitar Dataran Merdeka.
"Ia (program) 80 peratus melibatkan pelancong asing dan selebihnya pelancong domestik, bayangkan sekiranya keadaan huru hara berlaku ketika pelancong itu sedang mengikuti program, ia akan memberi kesan negatif terhadap suasana Malaysia yang sebenarnya kepada mereka," katanya.
Seorang suri rumah, M Rajeswary, 30, mempersoalkan apa lagi yang dimahukan pembangkang kerana hakikatnya kerajaan selama ini amat prihatin menyalurkan pelbagai bantuan secara menyeluruh kepada rakyat.
"Apa yang saya tahu kerajaan begitu banyak bantu keperluan rakyat seperti beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, sediakan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan juga rebat telefon RM200.
"Saya pun tidak faham apa perlu perhimpunan ini yang banyaknya menyusahkan ramai rakyat," katanya.
Seorang kakitangan swasta, Kamaruddin Jaafar, 41, berkata rakyat sebenarnya sudah bosan untuk melihat perhimpunan tidak bemanfaat sebegitu.
"Memang rakyat takut, tapi rakyat juga sudah bosan, rusuhan dan pergaduhan berlaku sehingga merosakkan harta benda, inikah perhimpunan aman yang dijanjikan pembangkang? Hentikanlah...," katanya.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Perhimpunan anjuran pembangkang tidak mencerminkan suara majoriti
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/perhimpunan-anjuran-pembangkang-tidak.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Perhimpunan anjuran pembangkang tidak mencerminkan suara majoriti
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Perhimpunan anjuran pembangkang tidak mencerminkan suara majoriti
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar