Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata 11 tangkapan dibuat sepanjang siasatan kes itu.
"Kami anggap kes ini sudah selesai dan akan dibawa ke mahkamah sikit masa lagi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mayat P. Muthu, 80, ditemui jam 5 petang dengan kesan kelar di leher, wajah serta mulut disumbat kain selepas seorang suspek memecah masuk kuil berkenaan menerusi pintu belakang.
Mazlan berkata polis juga telah mendapatkan semula 90 peratus daripada barang kes termasuk wang tunai bernilai RM60,000, peralatan yang diguna untuk upacara keagamaan dan peralatan yang dipercayai untuk melebur barang kemas yang dicuri.
Sementara itu, Mazlan berkata polis menahan empat suspek berumur antara 25 dan 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun tiga pelancong asing di Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, Khamis lalu.
Beliau berkata tiga suspek ditahan di Kulim, Kedah dua hari lalu, manakala seorang lagi ditahan di Seberang Perai pagi ini. Semua suspek tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah.
Polis turut menemui 90 peratus daripada barang-barang yang disamun termasuk wang tunai dan bagasi pakaian yang dianggar bernilai RM5,000, katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kes bunuh warga emas selesai, tujuh suspek ditahan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/kes-bunuh-warga-emas-selesai-tujuh.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kes bunuh warga emas selesai, tujuh suspek ditahan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kes bunuh warga emas selesai, tujuh suspek ditahan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar