Harga saham kekal dalam wilayah negatif tengah hari

Written By Unknown on Rabu, 16 Januari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada dagangan tengah hari, selari dengan pasaran serantau Asia yang rendah ekoran unjuran ekonomi global yang lemah, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.84 mata kepada 1,681.05 selepas dibuka 0.63 mata lebih tinggi pada 1,686.52.

Di pasaran lain, saham-saham US lebih tinggi ekoran data runcit yang meningkat namun saham-saham Jepun susut berikutan aktiviti pengambilan untung.

Indeks Kewangan turun 54.25 mata kepada 15,384.45 dan Indeks Perusahaan turun 5.73 mata kepada 2,799.31.

Indeks Perladangan turun 24.63 mata kepada 8,110.85, Indeks FBM Emas susut 25.74 mata kepada 11,432.74, FBMT100 susut 28.32 mata kepada 11,276.13, Indeks FBM Mid 70 turun 12.16 mata kepada 12,427.09 dan Indeks FBM Ace turun 8.06 mata kepada 4,255.31.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 312 berbanding 247, manakala 318 kaunter tidak berubah, 772 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 844.9 juta saham bernilai RM634.2 juta.
Kaunter aktif, Patimas Computers susut satu sen kepada 17 sen, Krisassets Holdings menambah 18 sen kepada 24 sen, Alam Maritim Resources menokok 6.5 sen kepada 91 sen dan Asian Pac Holdings untung setengah sen kepada 11 sen.

Maybank turun dua sen kepada RM9.02, Sime Darby susut lima sen kepada RM9.54, CIMB Group turun satu sen kepada RM7.66 dan Axiata Group tidak berubah pada RM6.68. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Harga saham kekal dalam wilayah negatif tengah hari

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/harga-saham-kekal-dalam-wilayah-negatif.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Harga saham kekal dalam wilayah negatif tengah hari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Harga saham kekal dalam wilayah negatif tengah hari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger