Sharunizam Salleh, 43, dari Bandar Kinrara, yang memakai baju T berwarna hitam dan berseluar jean, hanya menganggukkan kepalanya tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Dia didakwa membunuh Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/7A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara jam 8.30 malam dan jam 9.30 malam 4 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika didapati bersalah.
Majistret Nazri Omran menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, isteri Sharunizam yang ditahan bersamanya dibebaskan hari ini dengan ikat jamin polis.
Media sebelum ini melaporkan pasangan tersebut ditahan polis beberapa hari selepas mangsa yang berasal dari Kedah ditemui mati dengan dua kesan tembakan, berhampiran sebuah pangsapuri.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala peguam Shah Rizal Abdul Manan mewakili tertuduh. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Bekas kapten kapal dituduh bunuh pengamal perubatan tradisional
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/01/bekas-kapten-kapal-dituduh-bunuh.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Bekas kapten kapal dituduh bunuh pengamal perubatan tradisional
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Bekas kapten kapal dituduh bunuh pengamal perubatan tradisional
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar