Baginda yang bimbang dengan prestasi skuad Harimau Malaya sejak kebelakangan ini juga mahu Rajagobal mengenal pasti punca pasukan negara kalah kepada Vietnam dan Thailand dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.
"Biarpun tidak semua bermain, sekurang-kurangnya sebahagian besar terbabit dalam perlawanan ini (persahabatan). Jika kita kerap tukar pemain, kita tidak akan dapat pemain yang serasi," katanya.
Baginda yang ditemui pemberita pada Program Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012, di sini hari ini, diminta mengulas mengenai prestasi merundum Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki 2012.
Malaysia yang kini berkedudukan ke-163 dunia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos, sementara Vietnam yang beranking ke-140 diundi bersama Thailand, Filipina dan Myanmar dalam Kumpulan A.
Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata, baginda memahami taktik Rajagobal yang tidak membariskan pemain utama ketika perlawanan persahabatan adalah untuk mengenal pasti pemain.
Namun kata baginda, pada masa yang sama skuad negara memerlukan kemenangan untuk memberi mereka momentum dan sokongan moral bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki.
"Saya rasa begitu banyak masa kita berikan untuk perkara tersebut tetapi dua kali kalah ini, merupakan satu kebimbangan untuk skuad Harimau Malaya terutama menjelang Piala AFF Suzuki," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Tengku Abdullah mahu Rajagobal henti eksperimen pemain
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/tengku-abdullah-mahu-rajagobal-henti.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Tengku Abdullah mahu Rajagobal henti eksperimen pemain
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Tengku Abdullah mahu Rajagobal henti eksperimen pemain
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar