Remaja didakwa liwat kanak-kanak enam tahun

Written By Unknown on Kamis, 01 November 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini terhadap pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki, dua tahun lalu.

Remaja yang berusia 16 tahun pada masa kejadian didakwa melakukan kesalahan itu ke atas kanak-kanak yang berusia enam tahun di dalam bilik tidur di sebuah kediaman di Hulu Kelang, Ampang, pada 2 petang, 27 Februari 2010.

Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bapa tertuduh yang hadir sebagai penjamin, memohon mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan kerana ia berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan lima orang anak.

Hakim Manira Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Remaja didakwa liwat kanak-kanak enam tahun

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/remaja-didakwa-liwat-kanak-kanak-enam.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Remaja didakwa liwat kanak-kanak enam tahun

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Remaja didakwa liwat kanak-kanak enam tahun

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger