Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dimaklumkan perkara itu di dalam kamar oleh peguam Norafzaniza Samsi yang mewakili Jurey Latiff, dan Jason Wee bagi pihak TV3.
Pada 13 Januari 2009, Jurey Latiff memfail saman itu terhadap TV3 berhubung dakwaan menyiarkan perkataan fitnah mengenainya dalam rancangan hiburan 'Melodi' pada 21 Sept 2008 dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasinya sebagai penerbit.
Beliau memohon ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, kos dan relif lain.
TV3 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Feb 2009 berkata perkataan itu disiarkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dan sebagai penyiar awam, ia mempunyai kewajipan sosial dan moral untuk menerbitkan apa sahaja pengetahuan mengenai penerbit yang tidak jujur dan tidak bermoral bagi membolehkan orang awam mendapat pengetahuan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Penerbit drama dan TV3 cuba selesai saman RM10 juta luar mahkamah
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/penerbit-drama-dan-tv3-cuba-selesai.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Penerbit drama dan TV3 cuba selesai saman RM10 juta luar mahkamah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Penerbit drama dan TV3 cuba selesai saman RM10 juta luar mahkamah
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar