Gabenor Victoria, Alex Chernov, berkata MAFTA akan meningkatkan lagi hubungan Australia-Malaysia serta mencerminkan komitmen untuk mencapai hubungan ekonomi berdaya maju.
Chernov berkata Malaysia dan Australia mempunyai hubungan yang kukuh di dalam pendidikan tinggi dengan 22,000 pelajar Malaysia di negara itu, di mana kira-kira 8,000 daripadanya di Victoria, dan ia juga mempunyai penduduk asal dari Malaysia yang besar dan semakin berkembang.
Katanya hubungan antara Australia dengan Malaysia, Asia dan China adalah kukuh dan panjang dan penduduk asal China di Victoria memainkan peranan yang signifikan di dalam mengukuhkan perkongsian berkenaan.
WCEF ke-4 itu, katanya adalah penting untuk membolehkan para pelabur Australia meraih peluang di rantau ini dan menyatukan hubungan sedia ada.
Forum dua hari anjuran Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) itu diadakan di luar Malaysia bagi kali pertama dan menyasarkan untuk mempromosikan hubungan lebih rapat antara China dan Asia Tenggara serta Australia dan penduduk asal China global.
Sementara itu, Perdana Menteri Victoria, Ted Baillieu menyeru pelabur Malaysia untuk melabur di dalam kepelbagaian ekonomi Melbourne dan menyatakan bahawa ia merupakan satu bandar raya pelbagai budaya yang menyediakan peluang di dalam industri bahan yang canggih, pembangunan di dalam pembuatan, teknologi maklumat, pertanian dan makanan, kejuruteraan dan penyelidikan.
Baillieu berkata peluang yang besar bagi pelabur Australia di Asia dan China, bukan sahaja tersedia di segi perdagangan malah juga di segi peribadi, pendidikan dan hubungan kebudayaan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pelabur Malaysia diseru melabur di Melbourne
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/pelabur-malaysia-diseru-melabur-di.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pelabur Malaysia diseru melabur di Melbourne
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pelabur Malaysia diseru melabur di Melbourne
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar