Katanya, ini kerana zaman penggunaan tanah secara maksimum sudah berakhir memandangkan tanah yang ada perlu disimpan untuk keperluan generasi akan datang, dan projek-projek kerajaan boleh dilaksanakan secara kompak tetapi tidak menjejaskan matlamat asal projek, baik dari segi kualiti dan kuantiti.
"Mengikut konsep CPI, penjawat awam perlu melaksanakan projek dengan cepat dan mengikut spesifikasi serta mempunyai integriti, manakala CTI pula ialah meningkatkan produktiviti secara kreatif dan inovasi," katanya ketika melakukan lawatan kerja dan mendengar taklimat mengenai pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub di Mukim Ulu Gali dekat sini, hari ini.
Dr Ali berkata, pembinaan UiTM Kampus Raub adalah antara projek yang dibina mengikut konsep CPI dan CTI iaitu penggunaan tanah secara minimum.
"Penggunaan tanah secara maksimum atau seluas-luasnya mengikut peruntukan sudah berlalu kerana tanah yang sedia juga perlu disimpan untuk generasi masa depan.
"Pembinaan UiTM ini yang dilaksanakan secara kompak dengan keluasan tanah hanya meliputi kawasan 30 hektar tidak akan menjejaskan matlamat asal untuk menempatkan 3,000 pelajar pada satu-satu masa," kata beliau.
Menurutnya, asrama pelajar perlu dibina berhampiran pusat pentadbiran dan dewan kuliah bagi menjimatkan tanah.
Beliau berkata, UiTM Kampus Raub yang menelan kos RM230 juta adalah antara enam cawangan universiti itu yang diluluskan tahun ini dan ia dijangka siap pada hujung tahun 2014.
Kampus itu nanti akan menempatkan pelajar Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Matematik dan Sains Komputer serta Fakulti Pengurusan Perniagaan.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
KSN minta laksana projek secara inovasi, kreatif bagi minimumkan tanah
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/ksn-minta-laksana-projek-secara-inovasi.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
KSN minta laksana projek secara inovasi, kreatif bagi minimumkan tanah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
KSN minta laksana projek secara inovasi, kreatif bagi minimumkan tanah
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar