Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak.
Beliau berkata, perjalanan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diselaraskan dengan lebih terperinci dan mesyuarat jawatankuasa susulan akan digerakkan bagi menambah lebih ramai jawatankuasa untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar.
Hishammuddin berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2012 iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 itu dianggap sebagai persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti.
Katanya, kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sejak tiga tahun lalu sudah membawa banyak transformasi yang menunjukkan parti tidak hanya bergerak statik malah merupakan perkara terpenting yang perlu diterjemahkan perwakilan pada perhimpunan kelak.
"Kita harus sentiasa mengingatkan mereka (perwakilan) supaya menjadikan isu transformasi serta perubahan sebagai agenda utama semasa perbahasan. Saya bimbang jika perbahasan hanya berkisar kepada isu-isu dalaman yang tidak akan menggambarkan kepimpinan perjalanan parti sejak PRU ke-12," katanya.
Hishammuddin berkata, perhimpunan itu dilihat sebagai cara terbaik untuk mendekatkan parti kepada golongan sasar secara lebih menyeluruh dan persediaan dilakukan lebih awal bagi memastikan perwakilan dapat menyampaikan mesej kerajaan dengan jelas. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
476 usul akan dibahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2012
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/11/476-usul-akan-dibahas-pada-perhimpunan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
476 usul akan dibahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2012
namun jangan lupa untuk meletakkan link
476 usul akan dibahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2012
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar