Semua tiket bagi tempat duduk utama atau 'grandstand' habis dijual, dan hanya tiket harian tempat duduk berbukit atau 'hillstand' (RM21) masih ada, katanya.
"Kami hampir mencapai sasaran jualan tiket kami pada tahun ini. Sasaran kami ialah 70,000 tiket. Saya fikir ini hasil kempen promosi kami di luar dan dalam negara."Saya fikir respons baik yang diterima daripada peminat sukan permotoran tempatan adalah kerana penunggang Moto3 kami, Zulfahmi Khairuddin," katanya.
Ahmad Razlan berkata, baki tiket hanya boleh dibeli di kiosk tiket SIC di Sepang.
"Hanya sedikit saja tiket akan dijual di kiosk kami di KL Sentral dan KLCC," katanya.
Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 bermula hari ini dengan sesi rasmi catatan masa bebas.
Perlumbaan kelas MotoGP, kategori Kejohanan Motosikal Dunia perdana, dibatalkan tahun lalu berikutan nahas tragik yang mengakibatkan Marco Simoncelli, penunggang San Carlo Honda Gresini, maut.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Tiket MotoGP laris, Zulfahmi jadi tarikan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/tiket-motogp-laris-zulfahmi-jadi-tarikan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Tiket MotoGP laris, Zulfahmi jadi tarikan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Tiket MotoGP laris, Zulfahmi jadi tarikan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar