Saham KL saksikan lantunan teknikal minggu depan

Written By Unknown on Sabtu, 13 Oktober 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) mungkin menyaksikan lantunan teknikal minggu depan berikutan lebihan jualan dan seiring dengan pemulihan serantau.

"Pasaran telah terlebih jual secara teknikal ketika kemerosotan minggu itu dan bersama-sama dengan langkah pembalikan positif minggu lalu dan kerancakan makroekonomi memberikan kelebihan untuk minggu depan," kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Bhd, Dr Nazri Khan.

Pasaran ekuiti tempatan juga akan disokong oleh potongan kadar faedah di Brazil dan Korea Selatan serta sedikit pencarian keuntungan selepas kelemahan baru-baru ini, katanya kepada Bernama.
Nazri berkata pemotongan mengejut pada kadar faedah Brazil, data pekerjaan Australia yang lebih baik dari jangkaan, aliran pendapatan yang rancak di Eropah dan lelongan hutang Itali yang mendapat sambutan positif telah menjana pemulihan kukuh dalam pasaran-pasaran ekuiti utama.

Di pasaran domestik, beliau berkata beberapa pemangkin penting kepada pergerakan pasaran termasuk berita korporat dalam sektor penerbangan Airasia dikatakan sedang dalam perbincangan untuk membeli sebuah syarikat penerbangan Korea dan jangkaan tiga tawaran awam awal.

"Kemungkinan juga pencarian untung akan mendominasi setelah kemerosotan lima hari dalam indeks dan menyebabkan saranan untuk lantunan pembetulan yang lebih tinggi kepada paras 1,665.

"Paras halangan peningkatan untuk penanda aras tempatan adalah pada 1,665 mata manakala sokongan dilihat pada paras 1,650," katanya.
Minggu lalu, FBM KLCI mengakhiri kejatuhan lima hari dengan sedikit pemulihan diterajui oleh sektor perbankan dan pengguna.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI berakhir 6.87 mata lebih rendah pada 1,653.36 berbanding 1,660.23 Jumaat lepas.

Indeks Kewangan naik 24.81 mata kepada 14,705.57 daripada 14,680.76 dan Indeks Perusahaan naik 11.93 mata kepada 2,846.5 daripada 2,834.57, sementara Indeks Perladangan bertambah 3.83 mata kepada 8,175.8 daripada 8,171.97.

Indeks FBM Emas rugi 18.22 mata kepada 11,242.46 daripada 11,260.68 Jumaat lepas dan Indeks FBM Mid 70 naik 78.89 mata kepada 12,178.45 daripada 12,099.56.
Indeks FBM ACE jatuh 88.73 mata kepada 4,200.95 daripada 4,289.68 sebelum ini.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 4.477 bilion saham bernilai RM6.601 bilion daripada 4.430 bilion saham bernilai RM7.047 minggu sebelumnya.

Volum Pasaran Utama naik kepada 3.407 bilion saham bernilai RM6.418 bilion daripada 3.379 bilion saham bernilai RM6.894 bilion sebelum ini.

Volum pada pasaran ACE market meningkat kepada 748.351 juta saham bernilai RM156.804 juta daripada 718.767 juta saham bernilai RM123.183 juta.

Jumlah dagangan Waran menyusut kepada 291.58 juta unit bernilai RM19.22 juta daripada 308.394 juta unit bernilai RM20.833 juta sebelum ini. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Saham KL saksikan lantunan teknikal minggu depan

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/saham-kl-saksikan-lantunan-teknikal.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Saham KL saksikan lantunan teknikal minggu depan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Saham KL saksikan lantunan teknikal minggu depan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger