Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata reman pertama terhadap lelaki berumur 31 tahun itu tamat hari ini.
Beliau berkata, Porsche yang bernilai hampir sejuta ringgit itu dipercayai telah diserahkan kepada pihak kedua."Kita sedang menyiasat kemungkinan kejadian itu melibatkan sindiket," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, seorang lelaki berpakaian kemas dan bertopi telah memasuki bilik pameran tersebut dengan berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di syarikat itu.
Dia seterusnya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
Lelaki berkenaan kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi kereta dan setelah menjumpainya dia terus menaiki dan memecut kereta yang belum didaftarkan itu ke arah Bukit Bintang.
Ekoran kejadian itu, polis menahan suspek di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang, Selangor, kira-kira 3 pagi keesokan harinya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Polis sambung reman lelaki larikan Porsche
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/polis-sambung-reman-lelaki-larikan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Polis sambung reman lelaki larikan Porsche
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Polis sambung reman lelaki larikan Porsche
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar