Gagasan NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu, cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan sempena program Jamuan Janji Ditepati, di sini.
Majlis itu adalah antara beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.Zambry berkata Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan "Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata gagasan itu juga terjemahan kepada pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
"Melalui pendekatan ini, pada akhirnya, rakyat yang hidup aman dan berjaya akan menyumbang kepada pencapaian matlamat negara Malaysia yang bersatu padu melalui konsep 1Malaysia," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
PM lancar Gagasan NAJ1B
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/pm-lancar-gagasan-naj1b.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PM lancar Gagasan NAJ1B
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar