PDB dalam satu kenyataan hari ini berkata susulan penyelesaian pembelian itu, PEPI dan Duta akan dipegang olehnya menerusi syarikat pegangan pelaburan milik penuhnya yang baru diperbadankan, PDB (Netherlands) B.V.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aminul Rashid Mohd Zamzam berkata pelan pengembangan serantau strategik itu merupakan sebahagian daripada usaha PDB untuk mengembangkan capaian pasarannya dan mempelbagaikan asas pendapatan dari segi geografi."PDB yakin dapat mengembangkan operasinya di rantau ini dengan memanfaatkan jenama unggul Petronas di negara-negara ini dan menggunakan bekalan yang dikongsinya.
"Selain itu, kami juga boleh memanfaatkan pengalaman PDB selama 30 tahun, keupayaan skala dan teknikal untuk memacu pertumbuhan kami," katanya.
Kedua-dua syarikat itu adalah sebahagian daripada enam syarikat hiliran di Asia Tenggara yang dibeli PDB terdahulu pada Jun 2012. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Petronas muktamad pembelian dua syarikat di Filipina
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/petronas-muktamad-pembelian-dua.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Petronas muktamad pembelian dua syarikat di Filipina
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Petronas muktamad pembelian dua syarikat di Filipina
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar