Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, ini kerana Mohamad Roslan masih lagi berkhidmat di dalam negeri Selangor dan pertukaran dilakukan bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi juga bagi tujuan kenaikan pangkat.
"Pertukaran pegawai persekutuan ini, ia berlaku dalam negeri sama ada dari negeri-negeri tertentu ke jabatan persekutuan atau pertukaran di dalam negeri berkenaan sahaja...ini perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Penjagaan Kesihatan KPJ 2012' di sini, hari ini.Ali mengulas kenyataan pihak tertentu yang mengatakan beliau membelakangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota Exco kerajaan negeri dalam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya itu.
Media pada Rabu turut melaporkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju untuk menangguhkan selama sebulan pertukaran Mohamad Roslan ke jawatan barunya bagi membolehkan beliau menyelesaikan tugas yang tertangguh di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ali berkata, keputusan penangguhan terbabit dibuat hasil perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sendiri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.
Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bahawa terdapat penjawat awam menerima wang sogokan daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi mendapatkan maklumat rahsia negara, Ali berkata beliau akan mengarahkan JPA untuk menjalankan siasatan.
"Oleh kerana ianya masih dakwaan, saya akan minta JPA dan lain-lain agensi untuk melihat sama ada dakwaan seperti ini benar atau tidak. Jika ada kebenaran tindakan akan diambil terhadap pegawai yang terbabit," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pertukaran Mohamad Roslan proses biasa: KSN
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/pertukaran-mohamad-roslan-proses-biasa.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pertukaran Mohamad Roslan proses biasa: KSN
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pertukaran Mohamad Roslan proses biasa: KSN
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar