Justeru katanya, ia tidak seharusnya dilihat sebagai perbalahan antara dua institusi berkenaan.
"Saya lihat ini masalah individu, orang yang tertentu, bukannya organisasi," katanya mengulas mengenai perselisihan itu ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.Industri sukan tanah air baru-baru ini gempar apabila Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong memfailkan notis tuntutan terhadap Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi atas pertuduhan mempersoalkan kredibiliti dan peranan MSN dalam pembangunan sukan negara.
Notis itu meminta penjelasan tindakan Sieh yang mengkritik dan mempersoal kredibiliti MSN berhubung pemilihan calon pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik 2012 London Ogos lalu, di mana MSN memilih ratu renang negara, Pandelela Rinong manakala MOM mengatakan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atlit paling layak menggalas tugas itu.
Ahmad Shabery berkata, beliau bersedia untuk melihat perkara itu dan berbincang dengan pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.
"Yang pentingnya adakah kedua-dua pihak bersedia untuk berlapang dada memperbaiki, kalau tidak ia terpaksa melalui proses yang diambil oleh MSN," katanya.
Ahmad Shabery sebelum itu menerima tajaan bernilai RM10,000 daripada Syarikat Figos Sdn Bhd sempena penganjuran Malaysia Sports Trade and Golf Expo (MSTGE) pada 25 Okt ini dan tajaan bernilai RM50,000 berbentuk peralatan gim daripada Dynamex Health and Gym Sdn Bhd untuk kegunaan gimnasium kementerian.
Sementara itu Ahmad Shabery berkata, penggunaan jurulatih dari luar negara harus dilihat dari sudut profesional, dan soal mengenepikan tenaga kerja tempatan atau soal kos tidak harus timbul bagi mendapatkan khidmat yang terbaik.
Beliau berkata, jurulatih tempatan juga perlu memikirkan dan mempertingkatkan kebolehan diri untuk pergi ke peringkat antarabangsa dan menjadi jurulatih di negara-negara lain.
"Jurulatih kita sebenarnya boleh dieksport tetapi mereka perlu mempunyai kebolehan tertentu," katanya.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Perselisihan MSN-MOM masalah individu: Ahmad Shabery
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/perselisihan-msn-mom-masalah-individu.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Perselisihan MSN-MOM masalah individu: Ahmad Shabery
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Perselisihan MSN-MOM masalah individu: Ahmad Shabery
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar