Mohd Effendi Daud, 39, dituduh menipu Paridah Husin, 46, pada 29 Julai tahun lalu di UTHM dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayainya akan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil untuk pelajar UTHM sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 19 November ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Noor Fazlin Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Syarif.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pensyarah kanan UTHM didakwa tipu pengusaha resort
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/pensyarah-kanan-uthm-didakwa-tipu.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pensyarah kanan UTHM didakwa tipu pengusaha resort
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pensyarah kanan UTHM didakwa tipu pengusaha resort
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar