Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap R Rajahsegaran di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan dua hari perbicaraan bela diri mulai 28 November.R Rajahsegaran, 29, didakwa melakukan kesalahan bersama dua orang lagi yang masih bebas, merompak kereta Toyota Avanza yang juga harta dalam kawalan mangsa yang bernilai RM40,000 milik Norazihan Abdul Rani, 40, dengan bersenjatakan sebatang kayu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta, Blok A, Pangsapuri Aman, Puchong Prima, Puchong, pada jam 7.20 pagi, 18 April lalu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Seramai enam saksi pendakwaan dipangggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pemandu teksi diarah bela diri pertuduhan rompak kerani
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/pemandu-teksi-diarah-bela-diri.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pemandu teksi diarah bela diri pertuduhan rompak kerani
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pemandu teksi diarah bela diri pertuduhan rompak kerani
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar