Katanya, pandangan daripada Peguam Negara telah diminta untuk menentukan sama ada terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Langat 2 walaupun kerajaan negeri Selangor tidak menyetujuinya.
"Kita minta pandangan Peguam Negara jikalau ada mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Balik Tanah ada bab-bab sebegitu yang mana kita fikir projek ini ada kepentingan awam dan negara, jikalau tidak diberi kebenaran akan menjadi satu masalah besar, mungkin boleh kita teruskan," katanya.Katanya, pihak Peguam Negara masih belum memberi maklum balas kepadanya dan oleh kerana itu rundingan masih dijalankan dengan kerajaan Selangor supaya mereka mengeluarkan arahan pembangunan (DO) bagi pembinaan Langat 2.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia peringkat negeri Johor di Pusat KoKurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor, di sini hari ini. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Muhyiddin tak tolak kemungkinan Langat 2 diteruskan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/muhyiddin-tak-tolak-kemungkinan-langat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Muhyiddin tak tolak kemungkinan Langat 2 diteruskan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Muhyiddin tak tolak kemungkinan Langat 2 diteruskan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar