Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, jika manuskrip itu dapat direkod semula dalam tulisan Rumi, lebih banyak lagi ilmu untuk beberapa bidang seperti perubatan dan perniagaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu selepas zaman keagungan kesultanan Melaya dapat dibongkar.
"Ada banyak kitab Melayu lama yang ditulis dalam Jawi yang belum lagi "digali" dan kita percaya ia kaya dengan pelbagai catatan ilmu pengetahuan berkaitan bidang perubatan dan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 sebagai mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf di sini, hari ini.Beliau berkata, pakar tulisan Jawi yang sedia ada termasuk Unit Jawi di Perpustakaan Negara kini sedang giat membuat kajian-kajian terhadap manuskrip lama dalam tulisan Jawi untuk direkod semula dalam tulisan Rumi.
Menurutnya, maklumat dalam tulisan jawi itu sukar untuk diterjemah kerana ia menggunakan ejaan Bahasa Melayu lama.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Lebih 4,000 manuskrip dalam tulisan Jawi belum dikaji
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/lebih-4000-manuskrip-dalam-tulisan-jawi.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Lebih 4,000 manuskrip dalam tulisan Jawi belum dikaji
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Lebih 4,000 manuskrip dalam tulisan Jawi belum dikaji
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar