PEKAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad hari ini.
Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
Beliau berkata, setakat ini 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.
"Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di sini.Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
"Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat," katanya.
Program SKSJ memudahkan orang ramai khususnya di luar bandar memiliki lesen motosikal dengan lebih mudah dan cepat. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
JPJ sasar pasang 831 kamera AES dalam 18 bulan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/jpj-sasar-pasang-831-kamera-aes-dalam.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
JPJ sasar pasang 831 kamera AES dalam 18 bulan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
JPJ sasar pasang 831 kamera AES dalam 18 bulan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar