Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad bagaimanapun berkata, situasi itu boleh berubah memandangkan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu perlu membuat persediaan rapi untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Myanmar, tahun depan.
Menurut Azzudin, spekulasi bahawa Harimau Muda A bakal menyertai liga lain di luar negara, hanyalah khabar angin kerana jawatankuasa eksekutif FAM masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
"Kita bagaimanapun bercadang menghantar mereka menyertai latihan di Eropah sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA tahun depan," katanya selepas seminar Liga Malaysia 2013-2016 di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, FAM bercadang menghantar skuad Harimau Muda A menyertai Liga Brazil sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas bola sepak pada Sukan SEA ke-27, di Myanmar.
Skuad bawah 23 tahun itu kini bersaing dalam Liga Singapura manakala pasukan Lions XII yang dibarisi pemain berusia 23 tahun dan ke atas bersaing dalam Liga Super berdasarkan kontrak perjanjian antara FAM dan FAS.
Azzuddin berkata, FAS boleh menggunakan budi bicara mereka sama ada mahu mengekalkan pemain pasukan Lions XII sedia ada atau menghantar pasukan baharu untuk Liga Super musim depan.
"Kita bagaimanapun tetap mengekalkan skuad Harimau Muda A yang dibarisi pemain bawah 23 tahun demi pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi," tambahnya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Harimau Muda A dijangka kekal di Liga Singapura musim depan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/10/harimau-muda-dijangka-kekal-di-liga.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Harimau Muda A dijangka kekal di Liga Singapura musim depan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Harimau Muda A dijangka kekal di Liga Singapura musim depan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar